BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 6, 2010

E.S

Prolog

Riuh-rendah teratak cahaya apabila kesemua penghuninya berkumpul. Daripada Haji Emran hinggalah cucunya yang bongsu, Alissa. Memang sudah menjadi tradisi keluarga ini akan berkumpul pada hari minggu bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keempat-empat anak perempuan Haji Emran hadir hari itu. Haji Emran memerhatikan anak-anaknya seperti sedang memerhati kehidupan mereka. Kebahagiaan telah menjadi milik mereka sekarang. Menjadi bapa tunggal kepada empat orang anak permpuan, bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi, anak-anaknya mempunyai bermacam-macam kerenah. Eika sebagai anak yang sulung memang sangat berdikari dan banyak meringankan beban Haji Emran ketika membesarkan anak daranya. Tetapi, Eika sangat terkenal dengan perangai keras kepala dan hati batu. Pada mulanya, Haji Emran pelik kerana memikirkan kerenah anak sulungnya itu. Setelah melihat anaknya pandai membawa diri dan pandai mengawal keadaan dirinya, dia menarik nafas lega. Tidak cukup dengan keras kepala yang sulung, dia diuji dengan panas baran Rina, sifat cepat gelabah Rita dan sifat Eisha yang terlalu sensitif. Namun begitu, anak-anaknya bukanlah beban baginya. Mereka juga seperti mengerti ayah mereka memerlukan pertolongan untuk membesarkan empat anak gadis sunti. Orang selalu berkata, “lebih senang menjaga sekandang lembu berbanding seorang anak perempuan.” Macam mana dia hendak menjaga anak perempuannya yang bukan seorang tapi empat orang. Berkat kesabaran Haji Emran, kini dia boleh tersenyum senang melihat kehidupan anak-anak yang cukup sempurna di matanya. Siapa sangka, Haji Emran yang telah kehilangan isteri tercinta lebih 20 tahun dan tidak terfikir untuk mencari pengganti. Ketika itu, anaknya yang sulung baru sahaja menghabiskan peperiksaan PMR. Tidak sempat bagi isterinya melihat kejayaan Eika menerima gelaran pelajar cemerlang di sekolahnya. Mungkin ini takdir tuhan. Isteri Haji Emran, Syafiqah pergi meniggalkannya kerana menghidapi barah otak. Namun, dikuatkan hati untuk membesarkan anak-anak gadisnya. Ericka Syakila, Erhina Syakira, Erhita Shahira dan juga Erisha Shahila merupakan buah hatinya. Ramai yang bertanya mengapa nama anak-anaknya sebegitu. Itu semua idea isterinya. Itulah tanda mereka anak kepada Emran dan Syafiqah kerana E dan S. Isterinya memang sangat kreatif. “Iqah, kalau sayang ada sekarang melihat kebahagiaan mereka, pastinya Iqah turut bahagia,” bisik hati kecil Haji Emran. Sebagai seorang bapa tunggal, dia banyak menggunakan penekanan kawan dengan anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya rasa jauh dengannya. Mungkin juga sebab itu dia mengetahui semua kisah cinta anak-anaknya yang baginya cukup indah dan kadangkala melucukan.