BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 6, 2010

E.S

Prolog

Riuh-rendah teratak cahaya apabila kesemua penghuninya berkumpul. Daripada Haji Emran hinggalah cucunya yang bongsu, Alissa. Memang sudah menjadi tradisi keluarga ini akan berkumpul pada hari minggu bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keempat-empat anak perempuan Haji Emran hadir hari itu. Haji Emran memerhatikan anak-anaknya seperti sedang memerhati kehidupan mereka. Kebahagiaan telah menjadi milik mereka sekarang. Menjadi bapa tunggal kepada empat orang anak permpuan, bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi, anak-anaknya mempunyai bermacam-macam kerenah. Eika sebagai anak yang sulung memang sangat berdikari dan banyak meringankan beban Haji Emran ketika membesarkan anak daranya. Tetapi, Eika sangat terkenal dengan perangai keras kepala dan hati batu. Pada mulanya, Haji Emran pelik kerana memikirkan kerenah anak sulungnya itu. Setelah melihat anaknya pandai membawa diri dan pandai mengawal keadaan dirinya, dia menarik nafas lega. Tidak cukup dengan keras kepala yang sulung, dia diuji dengan panas baran Rina, sifat cepat gelabah Rita dan sifat Eisha yang terlalu sensitif. Namun begitu, anak-anaknya bukanlah beban baginya. Mereka juga seperti mengerti ayah mereka memerlukan pertolongan untuk membesarkan empat anak gadis sunti. Orang selalu berkata, “lebih senang menjaga sekandang lembu berbanding seorang anak perempuan.” Macam mana dia hendak menjaga anak perempuannya yang bukan seorang tapi empat orang. Berkat kesabaran Haji Emran, kini dia boleh tersenyum senang melihat kehidupan anak-anak yang cukup sempurna di matanya. Siapa sangka, Haji Emran yang telah kehilangan isteri tercinta lebih 20 tahun dan tidak terfikir untuk mencari pengganti. Ketika itu, anaknya yang sulung baru sahaja menghabiskan peperiksaan PMR. Tidak sempat bagi isterinya melihat kejayaan Eika menerima gelaran pelajar cemerlang di sekolahnya. Mungkin ini takdir tuhan. Isteri Haji Emran, Syafiqah pergi meniggalkannya kerana menghidapi barah otak. Namun, dikuatkan hati untuk membesarkan anak-anak gadisnya. Ericka Syakila, Erhina Syakira, Erhita Shahira dan juga Erisha Shahila merupakan buah hatinya. Ramai yang bertanya mengapa nama anak-anaknya sebegitu. Itu semua idea isterinya. Itulah tanda mereka anak kepada Emran dan Syafiqah kerana E dan S. Isterinya memang sangat kreatif. “Iqah, kalau sayang ada sekarang melihat kebahagiaan mereka, pastinya Iqah turut bahagia,” bisik hati kecil Haji Emran. Sebagai seorang bapa tunggal, dia banyak menggunakan penekanan kawan dengan anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya rasa jauh dengannya. Mungkin juga sebab itu dia mengetahui semua kisah cinta anak-anaknya yang baginya cukup indah dan kadangkala melucukan.

Tuesday, November 3, 2009

Ini satu kisah...

Bila bercakap pasal cinta, orang yang paling cepat mengelak adalah roomate aku. Hmm...macam paranoid je minah ni. Tapi bila nak diatur senarai pakwe yang minat kat dia tak cukup list la pulak. Tapi memang aku akui Lina memang ada sesuatu yang pasti akan membuatkan orang senang dengan dirinya.

"Oi sayang, bila nak makan ni?" Haa...ni sorang lagi kawan baik aku. Kenit je orangnya. Teramatlah kecik orangnya, mungkin juga underweight. Kecik-kecik dia pun jangan dibuat main. Ada 'abang besar' protect dia tau. Sekarang ni mungkin hanya kawan tapi mungkin nanti akan ada satu peningkatan level.

Berbalik kepada cerita cinta tadi, semua orang akan terlibat secara langsung atau tidak. Kami sekawan takkan terkecuali. Masing-masing punya cerita yang tersendiri. Lina! A cute girl in my class. (Market untuk dia ni) Macam aku katakan tadi, ramai yang sukakan minah Negeri Sembilan ni. Tapi yang peliknya sampai sekarang tak ada seorang jejaka yang sangkut dengan dia ni. Bukan memilih tapi "belum ada yang berkenan." Itulah yang selalu diucapkan setiap kali aku bertanya. Satu lagi fe'el minah sorang ni cepat suka orang tapi cepat juga bosan. Cara dia suka orang lain sikit. 'Syok sendiri.' Katanya, "baru ada thrill." Nak dijadikan cerita, satu hari ni.......

"Abby, aku pergi meeting tenis dulu tau."

"Ok, take care. Kirim salam dekat senior handsome tau."

"Alright, nak promote nombor phone sekali tak?"

"Ish, janganlah. Just kidding ok."

Dia berlalu dengan gayanya yang sendiri. Aku kembali menyambung mimpi yang tadi terganggu. Berkobar-kobar Lina dan Maddah menapak ke fakulti kejuruteraan. Entah apa yang seronoknya sangat jadi comittee. Tiba disana, tak la ramai sangat orang. So, semua orang boleh recognise orang lain termasuklah Lina. Bagi meeting kali ini, mereka akan menentukan jawatan apa dan siapa pasangan mereka ketika menyandang jawatan itu. Mungkin Maddah tak suka digandingkan dengan Ashman tapi bagi Lina, ini adalah pilihan yang terbaik oleh AJK tertinggi bila dia akan bekerjasama dengan Zafril, the coolest guys in the club. Mungkin ini adalah inspirasinya untuk bergiat aktif dalam kelab ini. Meminati senior sendiri bukan perkara pelik bagi pelajar macam kami. Hatinya melonjak-lonjak untuk balik dan semestinya menyampaikan berita gembira ini kepadaku.

"Abby, wake up. Aku ada story ni."

"Apadia? Kacaula kau ni, Orlando Bloom baru nak masuk dalam mimpi aku."

"Aku dengan Zafril sama jawatan." Dia mengangkat-angkat keningnya. Senyuman yang meleret membuatkan aku berfikir sejenak. Yelah, mamai lagi ni. "Aaaaa....."Aku menjerit bila faham tentang maksudnya. Dia akan selalu berhubung dengan mamat cool tu. Sukalah tu.


Final yang memenatkan bagi semua student. Penatnya buat revision, dah lah kat library pulak tu.
Aku ni seorang pelajar yang tak suka ke perpustakaan sebab kat library tak boleh buat bising. Dari pukul 10 sampailah petang kami bertapa dalam library. Aku awal-awal bolehlah tahan, tapi masuk lepas zuhur, liat sikitlah nak study. Tapi Lina, Ain, Xin Wei, Amal dengan Elanie tetap teguh dan tabah. Ish, habislah aku. Mataku melilau-lilau memandang sekililing. Tiba-tiba mataku terpaku kepada sesusuk tubuh yang teramatlah aku kenali. Zafril! Aku lihat dia terlalu tekun menelaah. perasan tak dia yang Lina ada di sini. Aku mencuit Lina yang sibuk dengan latihan income statement dia.

"Lina, mengantuk ke tengok nombor banyak-banyak tu?"

"Sewel otak akulah tengok benda ni."
"I think you should turn to back. Aku confirm hilang rasa mengantuk." Lina pun berpaling. Cukup hanya sekilas, dia sudah tahu siapa. Senyuman meleret dari telinga kanan ke telinga kiri. Amal mula perasan lalu bertanya. "Kenapa senyum-senyum ni?" Pertanyaan itu menarik perhatian group kami. Semua merenung aku dan Lina. Lina tidak mahu menjawabnya.

"Korang tengok abang yang duduk belakang meja kita ni."

"Owh..." Semua sudah tahu kecuali Elanie kerana dia bukan sekelas dengan kami. Akulah orang yang bertanggungjawab yang menceritakan serba sedikit latar belakang love story Lina ni. 'Cinta pandangan jarak jauh' itulah yang paling sesuai dengan status Lina sekarang ni. Dari pengamatan aku, mungkin Zafril juga ada sedikt perasaan terhadap Lina. Lepas tahu crush Lina berhampiran kami, mereka semua dok usha si Zafril tu. Mungkin perasan diri diperhatikan, Zafril bangun lalu bergerak ke tempat lain. Ketika melalui meja kami, matanya tak lepas memandang Lina. Hmm...mamat ni suka kata lah suka.

Malam itu, Zafril terus menghubungi Lina. Apalagi, mengelabahlah mak cik tu. Lina, Lina. Kelakarlah aku tengok diorang ni.

"Abby, dia tanya macam mana korang boleh kenal dia."

"Ala, normallah. Facebook!"

"A'ah kan. Then, dia kata dia dengar korang sebut-sebut nama dia."

"Ignore je soalan tu. Tukarlah topik perbincangan." Begitulah Lina dan Zafril. Agak lambat perjalanan cerita diorang ni. Aku harap Zafril tu cepat-cepatlah buat 'jump-start' untuk tackle Lina ni. Lina ada ceritanya yang tersendiri begitu jugaklah Ain.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Beralih pada kawan aku lagi sorang ni. Gadis dari Kelantan ni agak garang orangnya. Jangan main-main, kecik-kecik cili padi tau. Susah nak ramal dia ni, lagi-lagi bukan serumah dengan aku. Kalau tak dah lama aku korek semua rahsia dia ni. Aku ni bab korek-korek ni expert sikit.

"Penatnya jalan, aku tak nak ikut tangga, kita naik lif ok." Aku melepaskan lelah.

"Harus naik lif. Aku dah tak ada lutut ni." Lina berkata selepas kami masuk ke dalam lif. Bayangkan hampir satu kilometer kami berjalan dan sekarang nak ke tingkat lima. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku gone. Tiba ditingkat tiga, lif berhenti dan sekumpulan 'senior' masuk. Memandangkan kami semua dalam kategori rendah, kami terasa terlalu kecil bila 'abang-abang' yang tinggi berdiri berhampiran kami.

"Hai dik," sapa salah seorang dari mereka.

"Eh, diorang bukan adik kitalah. Sama baya tau. Tapi diorang masuk lambat."

"Tapi kita besar sikit, diorang kecik." Kata lelaki itu. Mereka ketawa mendengarnya. Kami hanya membisu mendengar jenaka itu. Malas nak layan. Biasalah lelaki bila nak start cucuk jarum. Tiba ditingkat lima, mereka sama-sama keluar dari lif. Selama ini aku tak perasan pun mereka sama level dengan kitorang. Biarlah, aku tak rasa tergugat pun bila mereka ada kat sini. Seperti biasa, kelas kami berjalan dengan lancar. Aku salute lah dengan lecturer sini. The best lah.

"Ain, ada orang mintak nombor phone kau. Boleh ke tak?" Amalina, ketua kelas kami bertanya.

"Haa...siapa? Janganlah, aku tak kenal."

"Waaa...dah ada secret admire. Siapa Mal?" Aku menyoal.

"Amar. Budak kelas hujung."

"Yang mana ni? Tak kenallah." Aku yang teruja bukannya Ain.

"Ala, lelaki yang paling tinggi tadi."

"Tadi?" Serentak aku dan Lina bertanya.

"Yang kata dia besar sikit dalam lif tadi." Ain menjawab perlahan. Aku dan Lina berpandangan. Curious! Selalu Ain malas nak tahu siapa yang kurang penting yang berada di sekililingnya. Pelik! Mungkin faham dengan reaksi kami, dia cuba menjelaskan. Amalina lagi lah terpinga-pinga.

"Sebenarnya, dia dah lama menyemak dalam hidup aku semenjak seminggu ni."

"Apalagi, Amal kau bagi je nombor Ain kat dia."

"Ish...janganlah. Aku tak nak."

"Ain, aku faham perasaan kau. Biar aku je yang tolong luahkan. Amal, bagi je." Lina memberi pendapatnya. Ain membulatkan mata. Setelah puas kami mengusiknya barulah dia bersetuju. Itupun hanya emel facebook sahaja. Amar, berusahalah.

Dari hari ke hari aku tengok sudah ada peningkatan dalam perhubungan Ain dan Amar. Dari facebook lanjut ke mesej. Mungkin susah untuk Amar menambat hati Ain kerana bagi Ain belum tiba masanya lagi. Tapi bagi sesetengah orang tak salah kalau kita kenal dengan lebih rapat sebab orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat.

"Ain, cuba kau tengok kat luar tu," aku menunjuk ke arah sekumpulan lelaki yang asyik dok mengendap kami di dalam kelas. Ain hanya memandang tanpa sebarang reaksi. Aku yang rimas tengok 'pakcik-pakcik' tu menyemak, meneruskan latihan business yang tertunda tadi. Begitu juga Ain. Langsung dia tak perdulikan mereka.

Ain meletakkan buku yang dibaca tadi diatas meja. Serentak dengan itu dia menerima satu mesej dari Amar. "Kenapa you ignore I tadi?"

"Ain ada kelas tadikan."

"Tapi you nampak I lambai kat you tadikan."

"Habis tu?"

"You senyumlah kat I patutnya. Habis kawan I gelakkan I tadi tau."

"Amar, jangan nak lebih-lebih boleh tak? Ain tak suka lah. Then, tolonglah jangan 'I' 'You' lagi, gelilah. Tak payah nak gaduh pasal benda kecik macam ni. Lagipun kita kawan je kan." Ain ni memang keras hati. Dah terang-terang mamat tu suka kat dia, dia tak mahu pulak. Tapi betul juga kata Ain, it is not a right time for love. Tak kisahlah, yang penting Ain tahu apa yang dia buat sekarang ni. Jangan menyesal sudah. Bagi aku, 'cinta...stop right now!' memang sesuai dengan Ain. Yelah, dia tak mahu cinta datang terlalu dekat dengannya pada waktu dan ketika ini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bukan cerita Lina dan Ain saja yang aku rasa menarik tapi bagi aku cerita Amal pun tak kurang hebatnya. Kalau tengok dari dasarnya mungkin sama dengan cerita Lina tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Amal seorang yang bertanggungjawab. Aku memang tabik dialah sebab dia seorang je 'class rep' perempuan. Mungkin sebab dia ketua kelas, dia perlu banyak bergaul dengan orang yang berada berhampiran dan berkaitan dengan kami. Nak dijadikan cerita, Amal memang rapat dengan seorang guy. Not bad lah. Funny, caring and gentle. Aku rasa semua orang ingat dia dengan Syahmi couple.

"Amal, mana Syah?"

"Kenapa semua tanya Syah kat aku?"

"Yelah, dia kan boyfriend kau."

"Hei...he is not my boyfriend ok."

"Habis yang kau dok berkepit dengan dia apasal?"

"Tu skandal je lah..."

"Biar betul. Dia tahu tak?"

"Tahu. Dia yang minta. " Ish, minah ni, biar betul. Jarang aku dengar cerita macam ni. Syahmi ni dah fikir betul-betul ke? Tak menyesal ke dia nanti? Macam-macam cerita. Tapi kenapa Amal tak nak couple terus dengan Syah? Tiba-tiba telefon Amal berbunyi."Hello, I ada kat atas ni. Naiklah, takkan malu kot?" Kemudian dia tersenyum. "Kalau nak tahu, yang naik atas sekejap lagi baru pakwe aku." Pintu dibuka dan secara automatiknya kepala kami pusing melihat siapa yang masuk. Akmal! Kalau korang nak tahu, Akmal ni kawan Amar.

"Weh, aku balik JB tau. Jangan rindu aku."

"Eh, nak balik terus ke?"

"Tak lah, nak balik apartment dulu ambil barang."

"Tak nak tumpangkan kami ke?" Lina selamba bertanya. Amal tersenyum. Dia memandang Akmal.

"Jom," Akmal mengajak dan turun membawa barang Amal.

"Amal, betul ke kau couple dengan Akmal?"

"Ish, korang ni. Janganlah cakap kuat-kuat. Kawan je baru." Laa...baru kawan je.

Aku hanya memerhati Amal dan Akmal dari tingkap bilik. Sweetlah pulak. Dari pemerhatian aku, Akmal seorang yang baik dan gentleman.

"Bagi semua barang you tu." Amal hanya memerhati Akmal memasukkan barang-barangnya ke dalam but kereta. Semua telh dimasukkan hanya tinggal 'bantal busuk' Amal sahaja. "Tapi yang tu tak mahu pegang." Dia mengejek Amal. Amal mencebir lalu meletakkan 'hartanya' tadi. Perjalanan bermula. Pada mulanya perjalanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan tapi hampir separuh perjalanan Akmal mula bercakap soal hati. Walaupun matanya tertumpu terhadap pemanduan tapi dia mula berbicara.

"Amal, I nak you tahu yang I suka kat you." Amal hanya senyap dan memandangnya.

"Lama I nak bagitahu you tapi sekarang baru dapat." Senyap lagi.

"I tak tahu bila I ada perasaan kat you tapi...."
"Akmal, kereta!" Amal memberi amaran. Pelik, mata pandang ke depan tapi hampir tersasar. Hmm..mungkin nampak saja dia pandang depan tapi actually tak pun. Mesti hati dup dap dup dap fikir apa respon yang Amal akan bagi. Tapi hanya kebisuan yang menjawab semuanya. Tiba di hadapan rumah Amal, setelah menurunkan barang-barang, Amal berkata.

"Terima kasih sebab hantar I balik." Dia berlalu. Tapi beberapa langkah , dia berpaling.

"Dan terima kasih sebab bagitahu perkara yang dah lama I nak dengar." Dan terus berjalan tanpa berpaling semula. Akmal yang mula terpinga-pinga akhirnya mengerti apa yang dimaksudkan oleh Amal. Apalagi, senyuman mengiringi Akmal pulang. Dan hatinya tak sabar menunggu saat mereka pulang ke kolej. Hmm...cinta dah bersemi tapi macam mana dengan Syahmi? Amal, Amal. Tapi bagi aku 'skandal cinta' macam cerita Amal ni taklah teruk sangat. Sebab dua-dua lelaki tahu hal ni.

Semua cerita kawan-kawan dah aku cerita. Kalau nak diikutkan, banyak lagi cerita yang aku nak ceritakan. Dalam dunia ni, terlalu banyak cerita cinta. Ada cinta kepada kerja, cinta kepada duit, cinta kepada keluarga dan yang paling selalu kita dengar cinta kepada manusia. Perasaan cinta ni terlalu istimewa hingga sukar untuk dihuraikan satu persatu. Aku harap cerita kawan-kawanku berakhir dengan 'happy ending.'

Aku? Hmm...Aku masih lagi tunggu 'mr. right' aku.Haha...

p/s: dedikasi untuk my friend in college. I love you all.

Monday, November 2, 2009

SWEET CAFE

“Aira!Aira!”Hampir terkeluar anak tekak Zara memanggil. Aira senyum sendirian. Sengaja dia tak mahu menyahut panggilan Zara. Membiarkan Zara kalut melayan costumer. Zara comel bila dia kalut. Aira hanya memerhati rakannya dari sudut yang terlindung. Ramainya orang, bisik hatinya. Terasa kasihan pula dia kat Zara. Perlahan-lahan Aira melangkah ke arah Zara. “Hah..”Dia menyergah Zara dari belakang. Jika selalu dia akan mendengar rakannya melatah tapi tidak kali ini. Muka Zara pucat. Dia rasa bersalah. “Zara, sorry. Aku tak sengaja.” Senyap. Dia masih memandang Zara yang pucat. Kuk! Kepalanya diketuk Zara. Aduh, sakit. “Haa…lain kali buatlah lagi kalau nak pergi majlis pengebumian kawan kau ni.” Dia mengangkat tangan seperti berjanji tak akan mengulangi lagi. Begitulah rutin mereka sejak ‘sweet café’ dibuka.

Dia masih memerhati Zara membantu pekerja mereka. Zara, gadis yang matang, cantik, dan sentiasa tersenyum. Dia juga telah bertunang dengan abang kesayangan Aira. Jadi tak lama lagi dia akan sah menjadi keluarga Aira. Hmm…Aira? Dia masih lagi sendiri dan senang begitu. Bukan untuk menolak takdir tapi dia tak mahu memikirkan lagi tentang cinta. Aira Madiha, nama yang cukup indah seindah hidupnya. Seorang yang happy go lucky, manja, comel dan degil. Dia sentiasa bersemangat dan tak pernah menjadikan masalah sebagai bebanan. Baginya hidup takkan indah tanpa masalah. Tapi bukan bermaksud dia sukakan masalah tapi menjadikan dia bertambah matang. Namun pada pandangan orang lain, dia adalah gadis comel yang masih mentah dan tak mampu berdikari.

Aira masuk ke dalam pejabat dengan muka masam mencuka. Zara hanya memerhati. “Hish…benci aku jantan tu. Ikutkan hati nak je aku bagi makan selipar.” Aira melepaskan geramnya. “Siapa yang buat kawan aku yang comel ni sakit hati?” Aira mengeluh.

“Uncle, cuci semua ni macam biasa.”

“Ok, amoi.”


Klik! Seorang lelaki telah mengambil gambar.


“Hei! Siapa benarkan awak ambil gambar saya?”


Senyap.


“Saya nak awak delete balik gambar yang awak ambil tadi.”


“Apa hak awak nak arahkan saya buat macam tu?”


“Saya ada hak sebab awak ambil gambar saya tadi dan tanpa kebenaran.”


“Malaysia negara bebas, saya berhak untuk buat apa saja.”


“Tapi awak dah melanggar hak asasi manusia.”


Lelaki itu diam. Disangkakan wanita itu hanya akan senyap bila dia mengeluarkan kata-kata tadi. Tapi kata-katanya diprotes tanpa rasa gentar. Hampir setengah jam mereka berbalah dan akhirnya lelaki itu bersetju untuk memadam dengan syarat dia memberikan satu hasil fotograf yang telah siap dicuci.


“Hello, jauhnya mengelamun.” Kata-kata Zara mematikan lamunannya. Dia menceritakan semua yang terjadi padanya. Zara hanya mampu ketawa bila mendengar ceritanya. “Ala, Aira takkan benda macam tu pun kau nak rosak hari yang ceria ni.” Aira pandang Zara. “I’ve good news for you.” Zara memancing minat Aira untuk mendengar berita yang baru diketahuinya sebentar tadi. “Apa yang bestnya?” Zara tidak terus menjawab pertanyaan Aira. Membiarkan Aira tertunggu-tunggu. “Cepatlah cakap.” Zara memberitahu bahawa seorang customer telah menempah café mereka untuk sebuah parti hari jadi rakannya. Alangkah gembiranya hati Aira bila mendengar berita yang sangat baik itu. “Tapi aku ada bad news juga.” Aira mengerutkan dahinya.

“Apadia?”


“Dia nak kek.”


“Laa…memang kita ada jual kek. Apa masalahnya?”


“Yela, tapi pekerja kita yang buat kek tu cuti. Stok kek yang ada tak sama

dengan yang dia nak.”


“Dia nak kek apa?”


“Chocolata Indulgence.”


“Hello, awak tak ingat ke yang kawan awak ni tahu buat kek?”


“Eh, aku lupa la. Kalau macam tu esok kau belI apa yang patut.”


“Parti bila?”


“Lusa.”


“Haa…lusa? Apsal baru hari ni nak bagitau?”


Zara hanya mampu menjungkitkan bahu. Nampaknya mereka kena bekerja
keras untuk menjayakan parti pelanggan mereka. Ini bukan saja untuk menjaga hati pelanggan tapi untuk menaikkan nama café mereka.


Aira menarik nafas lega setelah semua persediaan untuk parti malam nanti telah siap. Kek yang ditempah juga telah siap dan disejukkan. “Aira, aku rasa birthday boy hari ni bertuah sangat.” Aira menanti bicara seterusnya. “Yela, kek birthday dibuat oleh pemilik sweet café sendiri.” “Hmm…nasib dia la. Aku buat bukannya sedap.” Aira merendah diri. “Dah, tak payah kau nak redshank diri kau yang dah sedia rendah tu. Kau ingat aku dah lupa ke yang kau ni memang pro bab buat kek.” Aira memastikan semua persediaan untuk kali yang terakhir.

Malam itu semua mesti bertemakan elegant. Zara cantik dengan mengenakan dress labuh berwarna biru muda. Aira tampil comel dengan warna ungu. Ramai yang memuji persediaan yang telah dibuat oleh mereka. “Aira, lets me introduce you to our costumer. Aira, this is Alfi.” Aira menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. “Well, encik Alfi mana dia birthday boy kita?” Zara bertanya. “He’s on the way. Dia tak tahu I buat parti, yang dia tahu I nak belanja dia makan je.” Mata Alfi tak jemu merenung Aira. Mungkin tidak selesa dengan keadaan itu, Aira meminta untuk meneruskan kerja sebagai jurugambar pada malam itu. Ketibaan orang yang dirai telah memeriahkan majlis. Majlis berjalan dengan lancar. Ramai yang memuji kek yang dibuat oleh Aira. Tapi Aira seperti kurang selesa setelah kehadiran lelaki itu. “Aira, this is my beloved friend Iskandar.” Aira hanya memandang dingin terhadap lelaki itu. Zara perasan akan hal tersebut. Tapi Zara kenal Aira, dia takkan mencampurkan hal peribadi dengan hal kerja.

“Apsal blur je muka kau ni?”


“Itulah mangkuk ayun yang cari pasal dengan aku hari tu.”


“Laa…dia ke mamat yang nak makan selipar kau tu?”


“Hee…Ishqi Nur Zara, lagi mau tanya. Karang bukan dia yang makan selipar

aku tapi kau.”


Zara hanya tersengih. Dia faham sangat dengan fe’el kawannya. Kalau marah pasti dia akan menyebut nama penuh sesiapa sahaja. Tapi dia tahu yang Aira bukan marah dengannya tapi dengan lelaki yang bernama Dhiya Iskandar. Biarkan saja marahnya reda dengan sendiri.


Sebulan selepas parti tersebut, Iskandar selalu berkunjung ke Sweet Café. Mungkin bukan masalah pada Zara tapi itu adalah masalah paling besar yang perlu dihadapi oleh Aira.

“Dik, Aira ada tak?” Untuk sekian kalinya dia bertanya.

“Ada, dalam bilik.”


“Panggil dia, saya nak dia ambil order saya.”


Pelayan itu hanya menurut permintaan Is. Dia memanggil Aira keluar.

“Ya, encik nak pesan apa?”
“Haa…macam ni lah baru café ni maju. Ok, bagi saya blueberry cake dengan black coffee. Tak mau manis sangat, jangan panas sangat, tapi tak mau sejuk, coffee jangan pekat sangat dan make sure black coffee not black tea.” Panjang permintaannya tadi. Aira hanya senyap. Sudah malas nak bergaduh dengannya. Jika diingatkan kembali sudah penat dia bergaduh dengan lelaki yang hanya dianggap pelanggan itu. Is pelik dengan kelakuan dingin Aira. Selalunya dia akan melenting dengan permintaan yang kadang-kadang menyakitkan hati. Tapi hari ini hanya raut wajah yang selamba. Otaknya mula berfikir bagaimana untuk menaikkan darah pujaan hatinya. Jujur dia katakan yang dia sudah jatuh cinta pandang pertama.