BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 2, 2009

SWEET CAFE

“Aira!Aira!”Hampir terkeluar anak tekak Zara memanggil. Aira senyum sendirian. Sengaja dia tak mahu menyahut panggilan Zara. Membiarkan Zara kalut melayan costumer. Zara comel bila dia kalut. Aira hanya memerhati rakannya dari sudut yang terlindung. Ramainya orang, bisik hatinya. Terasa kasihan pula dia kat Zara. Perlahan-lahan Aira melangkah ke arah Zara. “Hah..”Dia menyergah Zara dari belakang. Jika selalu dia akan mendengar rakannya melatah tapi tidak kali ini. Muka Zara pucat. Dia rasa bersalah. “Zara, sorry. Aku tak sengaja.” Senyap. Dia masih memandang Zara yang pucat. Kuk! Kepalanya diketuk Zara. Aduh, sakit. “Haa…lain kali buatlah lagi kalau nak pergi majlis pengebumian kawan kau ni.” Dia mengangkat tangan seperti berjanji tak akan mengulangi lagi. Begitulah rutin mereka sejak ‘sweet café’ dibuka.

Dia masih memerhati Zara membantu pekerja mereka. Zara, gadis yang matang, cantik, dan sentiasa tersenyum. Dia juga telah bertunang dengan abang kesayangan Aira. Jadi tak lama lagi dia akan sah menjadi keluarga Aira. Hmm…Aira? Dia masih lagi sendiri dan senang begitu. Bukan untuk menolak takdir tapi dia tak mahu memikirkan lagi tentang cinta. Aira Madiha, nama yang cukup indah seindah hidupnya. Seorang yang happy go lucky, manja, comel dan degil. Dia sentiasa bersemangat dan tak pernah menjadikan masalah sebagai bebanan. Baginya hidup takkan indah tanpa masalah. Tapi bukan bermaksud dia sukakan masalah tapi menjadikan dia bertambah matang. Namun pada pandangan orang lain, dia adalah gadis comel yang masih mentah dan tak mampu berdikari.

Aira masuk ke dalam pejabat dengan muka masam mencuka. Zara hanya memerhati. “Hish…benci aku jantan tu. Ikutkan hati nak je aku bagi makan selipar.” Aira melepaskan geramnya. “Siapa yang buat kawan aku yang comel ni sakit hati?” Aira mengeluh.

“Uncle, cuci semua ni macam biasa.”

“Ok, amoi.”


Klik! Seorang lelaki telah mengambil gambar.


“Hei! Siapa benarkan awak ambil gambar saya?”


Senyap.


“Saya nak awak delete balik gambar yang awak ambil tadi.”


“Apa hak awak nak arahkan saya buat macam tu?”


“Saya ada hak sebab awak ambil gambar saya tadi dan tanpa kebenaran.”


“Malaysia negara bebas, saya berhak untuk buat apa saja.”


“Tapi awak dah melanggar hak asasi manusia.”


Lelaki itu diam. Disangkakan wanita itu hanya akan senyap bila dia mengeluarkan kata-kata tadi. Tapi kata-katanya diprotes tanpa rasa gentar. Hampir setengah jam mereka berbalah dan akhirnya lelaki itu bersetju untuk memadam dengan syarat dia memberikan satu hasil fotograf yang telah siap dicuci.


“Hello, jauhnya mengelamun.” Kata-kata Zara mematikan lamunannya. Dia menceritakan semua yang terjadi padanya. Zara hanya mampu ketawa bila mendengar ceritanya. “Ala, Aira takkan benda macam tu pun kau nak rosak hari yang ceria ni.” Aira pandang Zara. “I’ve good news for you.” Zara memancing minat Aira untuk mendengar berita yang baru diketahuinya sebentar tadi. “Apa yang bestnya?” Zara tidak terus menjawab pertanyaan Aira. Membiarkan Aira tertunggu-tunggu. “Cepatlah cakap.” Zara memberitahu bahawa seorang customer telah menempah café mereka untuk sebuah parti hari jadi rakannya. Alangkah gembiranya hati Aira bila mendengar berita yang sangat baik itu. “Tapi aku ada bad news juga.” Aira mengerutkan dahinya.

“Apadia?”


“Dia nak kek.”


“Laa…memang kita ada jual kek. Apa masalahnya?”


“Yela, tapi pekerja kita yang buat kek tu cuti. Stok kek yang ada tak sama

dengan yang dia nak.”


“Dia nak kek apa?”


“Chocolata Indulgence.”


“Hello, awak tak ingat ke yang kawan awak ni tahu buat kek?”


“Eh, aku lupa la. Kalau macam tu esok kau belI apa yang patut.”


“Parti bila?”


“Lusa.”


“Haa…lusa? Apsal baru hari ni nak bagitau?”


Zara hanya mampu menjungkitkan bahu. Nampaknya mereka kena bekerja
keras untuk menjayakan parti pelanggan mereka. Ini bukan saja untuk menjaga hati pelanggan tapi untuk menaikkan nama café mereka.


Aira menarik nafas lega setelah semua persediaan untuk parti malam nanti telah siap. Kek yang ditempah juga telah siap dan disejukkan. “Aira, aku rasa birthday boy hari ni bertuah sangat.” Aira menanti bicara seterusnya. “Yela, kek birthday dibuat oleh pemilik sweet café sendiri.” “Hmm…nasib dia la. Aku buat bukannya sedap.” Aira merendah diri. “Dah, tak payah kau nak redshank diri kau yang dah sedia rendah tu. Kau ingat aku dah lupa ke yang kau ni memang pro bab buat kek.” Aira memastikan semua persediaan untuk kali yang terakhir.

Malam itu semua mesti bertemakan elegant. Zara cantik dengan mengenakan dress labuh berwarna biru muda. Aira tampil comel dengan warna ungu. Ramai yang memuji persediaan yang telah dibuat oleh mereka. “Aira, lets me introduce you to our costumer. Aira, this is Alfi.” Aira menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. “Well, encik Alfi mana dia birthday boy kita?” Zara bertanya. “He’s on the way. Dia tak tahu I buat parti, yang dia tahu I nak belanja dia makan je.” Mata Alfi tak jemu merenung Aira. Mungkin tidak selesa dengan keadaan itu, Aira meminta untuk meneruskan kerja sebagai jurugambar pada malam itu. Ketibaan orang yang dirai telah memeriahkan majlis. Majlis berjalan dengan lancar. Ramai yang memuji kek yang dibuat oleh Aira. Tapi Aira seperti kurang selesa setelah kehadiran lelaki itu. “Aira, this is my beloved friend Iskandar.” Aira hanya memandang dingin terhadap lelaki itu. Zara perasan akan hal tersebut. Tapi Zara kenal Aira, dia takkan mencampurkan hal peribadi dengan hal kerja.

“Apsal blur je muka kau ni?”


“Itulah mangkuk ayun yang cari pasal dengan aku hari tu.”


“Laa…dia ke mamat yang nak makan selipar kau tu?”


“Hee…Ishqi Nur Zara, lagi mau tanya. Karang bukan dia yang makan selipar

aku tapi kau.”


Zara hanya tersengih. Dia faham sangat dengan fe’el kawannya. Kalau marah pasti dia akan menyebut nama penuh sesiapa sahaja. Tapi dia tahu yang Aira bukan marah dengannya tapi dengan lelaki yang bernama Dhiya Iskandar. Biarkan saja marahnya reda dengan sendiri.


Sebulan selepas parti tersebut, Iskandar selalu berkunjung ke Sweet Café. Mungkin bukan masalah pada Zara tapi itu adalah masalah paling besar yang perlu dihadapi oleh Aira.

“Dik, Aira ada tak?” Untuk sekian kalinya dia bertanya.

“Ada, dalam bilik.”


“Panggil dia, saya nak dia ambil order saya.”


Pelayan itu hanya menurut permintaan Is. Dia memanggil Aira keluar.

“Ya, encik nak pesan apa?”
“Haa…macam ni lah baru café ni maju. Ok, bagi saya blueberry cake dengan black coffee. Tak mau manis sangat, jangan panas sangat, tapi tak mau sejuk, coffee jangan pekat sangat dan make sure black coffee not black tea.” Panjang permintaannya tadi. Aira hanya senyap. Sudah malas nak bergaduh dengannya. Jika diingatkan kembali sudah penat dia bergaduh dengan lelaki yang hanya dianggap pelanggan itu. Is pelik dengan kelakuan dingin Aira. Selalunya dia akan melenting dengan permintaan yang kadang-kadang menyakitkan hati. Tapi hari ini hanya raut wajah yang selamba. Otaknya mula berfikir bagaimana untuk menaikkan darah pujaan hatinya. Jujur dia katakan yang dia sudah jatuh cinta pandang pertama.


0 comments: